Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Traveloka. Show all posts
Showing posts with label Traveloka. Show all posts

July 12, 2017

Tawaran Menarik Dari Traveloka Ke Bangkok, Thailand

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang bercadang atau ada rancangan nak ke Bangkok, Thailand ? Aku jujurnya tak pernah ke Bangkok Thailand.Melalui pembacaan, Bangkok terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik terutama untuk ber 'shopping' dan mencuba makanan-makanan Thailand.Memanglah orang kata kalau nak shopping dalam Malaysia pun banyak tempat shopping tapi 'feel' shopping di luar negara tu lain macam sikit tambahan Thailand terkenal dengan sejarah dan hasil tangan penduduk Thailand sendiri.

3 Hari Tawaran Diskaun untuk hotel dan penerbangan Melalui Traveloka App


Masih mencari tiket penerbangan dan hotel di Bangkok ? .Traveloka ada tawaran menarik dan boombastik kepada pelancong yang akan bercuti ke Bangkok, Tau tak pada bulan Julai ini Traveloka akan buat tawaran best untuk penerbangan dan hotel. Pernah tak tengok bila Traveloka buat promosi di Bangkok Thailand ? Rambang mata laa nak pilih destinasi nanti. 



Bangkok mempunyai pelbagai tempat shopping atau market yang murah untuk pengunjung kunjungi.

Mari kita tengok apa yang menarik di Bangkok Thailand !



1 ) Pratunam Shopping Centre



Lebih kurang macam Kenanga dan GM Klang di Malaysia.Pratunam terletak di Petchburi Road.Terkenal sebagai ' Largest Thailand Wholesale & Retail '.Semua barang pun ada jual di sini macam one stop centre lah.Beli satu barang mahal beli 3 ke atas baru murah dan berbaloi.


Kredit gambar AsiaWebDirect


2) MBK Center

Nama penuh tempat ini adalah Ma Boon Khrong Center.Kalau yang pernah ke Bangkok pasti tahu pasal tempat ini.Ini kira lubang bagi barang-barang imitate seperti LV, Gucci, Prada dan lain-lain.Barang untuk souvenir pun boleh cari di sini.Yang pasti harga boleh nego lagi kena pandai tawar menawar.Di sini juga terdapat restoren HALAL iaitu Yana Restaurant dan surau.








3) Chatuchak Market 

Kalau nak tahu Chatuchak Market adalah pasar terbesar di Thailand dan juga di Asia Tenggara.tak sah kalau ke Bangkok tak singgah ke market ini.Terkenal di kalangan kaki travel.Menjual pelbagai barangan dari seluruh pelosok Thailand, pembeli boleh membeli segala-galanya dari barangan kemas, ikon agama, haiwan peliharaan dan makanan yang sedap. Terdapat 15,000 gerai menawarkan harga murah dan berpatutan.Rasa tak tertahan nafsu membeli belah kalau datang ke Chatuchak Market.

Lokasi: Bersebelahan dengan Stesen Kamphaengpecth (MRT), kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Stesen Skytrain Mochit (BTS) dan Stesen MRT Suan Chatuchak (Taman Chatuchak) 


Kredit gambar AsiaWebDirect


Kebanyakkan tempat di Bangkok memberi banyak pilihan kepada kaki-kaki shopping kerana mempunyai banyak market-market dan juga pencinta makanan-makanan tradisional Thailand.
Luangkan masa anda bersama keluarga untuk bercuti di Bangkok Thailand anda pasti puashati.

Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia dan Domestik malah untuk maklumat tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.Satu laman web yang membolehkan anda membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira Domestik atau Antarabangsa. Maknanya anda boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian anda.

Bonus kepada bakal pengunjung ke Bangkok Thailand mereka tengah memberi promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan melalui Traveloka App SAHAJA dan antara syarat-syaratnya adalah :
    • Hanya penerbangan ke Bangkok (Thailand) melalui Traveloka App sahaja
    • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYBKK ). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
    • Booking period (flight):  14th July (Jumaat) - 16th July (Ahad)
    • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
    • Travel period: anytime
    • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi.
Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun ( 15 million download ).Untuk ke destinasi lain sila layari Traveloka.


 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.