Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

May 22, 2011

Sekitar Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-74 | faizalpejay


 wow

 Salam,

Tanggal 20 Mei 2011,Aku menerima skrol Bachelor Mechanical Engineering dari Dato'.Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor Universiti Teknologi MARA,UiTM) pada konvokesyen UiTM ke-74 yang berlangsung dari 12 Mei hingga 20 Mei.Sidang penganugerahan Kejuruteraan berlangsung pada sidang ke-11 iaitu sidang terakhir.

Dato'.Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar
 
 Aku  bersyukur kerana

December 10, 2010

UiTM Di Hatiku | Kenangan

ini yang dinamakan cinta


Salam Jumaat,

Jumaat digelar penghulu segala hari dan juga hari turnnya Al-Quran.Penuh syahdu di pagi harinya.Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi aku bernafas pada hari ini. Tahun baru 1432 Hijrah telah menjelma dan aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Setelah keletihan melampau selepas menjadi urusetia majlis Konvokesyen UiTM akan menjalani kehidupan aku seperti biasa dan kali nie aku akan berhijrah.Ha macam gempaq je kan aku akan berhijrah ke alam pekerjaan setelah hampir 7 tahun bergelar Mahasiswa.Pelbagai liku2 kehidupan aku jalani selama menjadi seorang yang digelar 'pelajar'.

July 14, 2010

Modifikasi Yamaha LC

Salam,

Peh apa kena mengena tajuk entry aku dengan blog aku nie..huhu...Ini semua adalah transformasi motor aku

agar nampak lagi cumel...hehe cumel ke...Cover set motor LC aku memang teruk giler siap reput lagi tu 

stickernya..baru 3 tahun lebih tu tapi emm macam agak uzur rupanya bawa pi bendang boleh le dulu.

Aku memang dah lama hendak tukar cover set motor LC aku nie tapi time tu fulus 'goyang' le..

Transformasi telah bermula dengan membuka segala benda2 yang reput2 tu..Thank kepada Wak & Fahmi..


 


 .

.

Jeng2......

Menjadikan theme Vodafone sebagai cover set yang baru..macam baru di lahirkan le..Amacam usha2 le puas hati tak..sejukkan mata anda yerr dengan gambar nie..huhu











Kredit kepada Wak,Fahmi Alpinestars,Wak Hulu Langat..

Fahmi Alpinestars

Wak Hulu Langat
 .
.
.
.


 Oppss nie bukan motor Wak Johor ek..motornya akan muncul...


July 5, 2010

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Gambar anak makcik kantin..gambar hiasan

Salam,

Harinie bermula le penggal pengajian baru bagi kebanyakkan Universiti..begitu juga UiTM...
Semester nie pengambilan pelajar baru di UiTM makin bertambah..dan seperti biasa keadaaan lalulintas tu agak sibuk dengan bermacam2 kenderaan pelajar dan juga berbagai jenis kereta dan motor.....

ohh kenapa le masa aku rajin nie takde plak kelasnya ??? dan seperti biasa selalunya dalam minggu pertama nie kebanyakkan kelas lecturer tak masuk lagi..tah le sebabnya...adakah terlupa?? traffic jam ?? oh tidak.
padahal student semua sudah ada jadual masing2...tapi korang jangan salah anggap plak yer..aku bukan tujukan kepada semua lecturer !!!! ada juga aku tengok tadi ada kelas yg sudah berlecturer.. 

Semester baru nie aku kena bertekad le untuk mencapai apa yang aku hajati mendapat keputusan yang memberangsangkan..amin....pejam celik pejam celik dah last semester aku rupanya..rasanya macam baru semalam aku berhenti kerja ..maklum le kerja dulu sebelum sambung..dah seperti biasa le ada le suara2 yg bertanya lamanya kau belajar !!! dan tidak cukup dengan tu Bila lagi kau nak kawin tu usia tak tunggu
kau !!! ada aku kisah..haha.....dari situ juga masa bagi aku boleh diibaratkan seperti emas dah sekarang nie..

Kepala pun sudah ligat berfikir aku nak kerja kat mana ek nanti..semestinya di company oil & gas kalau ada rezeki..doakan le..amin..tapi cabarannya tetap mencabar..kalau boleh macam malas dah kerja di kilang yang ber shift2 nie..takpelah mana ada rezeki cekau jer...
peace no war..




June 29, 2010

Menarik UiTM tawar peluang kepada pekerja tak mampu

 
 

Salam,

Aku tertarik dengan terharu juga sebab aku ada terbaca yang UiTM akan memberi peluang kepada pekerja yang tak mampu untuk menyambung pengajian diorang..so sekarang nie rakyat Malaysia takde alasan le untuk tidak menambah ilmu walaupun tidak berkemampaun..antara nak dan tak nak sahaja..menarik


May 19, 2010

Konvokesyen UiTM ke-72

Salam,

Apa khabar semua rasa macam sudah lama tak update blog nie...Maklum le

aku wat part time Skim Khidmat Pelajar Bahagian rekod di UiTM semasa

konvokesyen seperti apa yang telah aku ceritakan di entry lepas..

so agak sukar untuk aku update blog aku..balik keja tido awal

bermimpi dan mesti kena bangun awal..

Dewan Seri Budiman UiTM

Untuk makluman semua Konvokesyen UiTM akan berlangsung pada 20 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010..Seperti biasa sidang pertama YDP Agung akan merasmikan kira grand le..

Aku ditugaskan untuk memeriksa graduan sebelum masuk Dewan Seri Budiman.Memeriksa segala pakaian yang diorang pakai mengikut protokol UiTM so jika ada student yang degil terpaksa le aku tarik..agak mencabar juga tugas nie kena banyak bersabar le...



Bergambar dengan Farid Kamil yang akan berkonvokesyen UiTM ke-72


Dan berkerja urusetia nie aku dengan tidak sengaja berkesempatan bergambar dengan Farid Kamil padahal pada sebelah pagi tu aku melakukan tugas lain.Dia datang pada sebelah petang dan kebetulan aku ganti seorang lagi kawan aku di bilik jubah.Bagi aku Farid Kamil friendly dan ramah.Aku ingat dia nie sombong giler rupanya sangkaan aku salah...
See u all at UiTM.....


P/s : minta maaf kerana agak kurang entry2 terbaru buat masa ini..so korang pun tahu le trafik aku pun kureng le...tapi jangan risau aku akan cuba sedaya upaya untuk update..Jangan lupa untuk melihat gambar2 terbaru aku semasa Skim Khidmat Pelajar (SKP) di facebook


May 13, 2010

Ahh !! Kenyangnya

Gambar sekadar hiasan


Salam,,


Ha nak tahu kenapa aku kenyang sangat sebabnya aku melahap tak hinggat tadi semasa jamuan dan doa selamat bagi pelajar yang mendapat tawaran sebagai Skim Khidmat Pelajar bahagian konvokesyen..aku bersyukur sangat kerana terpilih menjadi urusetia semasa konvokesyen UiTM ke-72 pada 20-30 Mei 2010 ini..


Kad urusetia konvokesyen ke-72 aku

Aku antara 20 orang yang terpilih daripada 300 orang yang memohon..Hari ini penat le jugak sebabnya nak kena mengemas bilik jubah dan menyusun mengikut saiz tapi aku happy sangat dengan kerja nie orang kata kalo senang hati ringan tulang..yeke?? Staf2 bahagian nie pun sempoi2 belaka tambah En.Shafie lawak memanjang jer..Kami menguruskan 15000 pelajar yang akan konvokesyen.so kami akan melalui berbagai karenah manusia le..Aku doakan kami semua akan dapat mengatasi segala masalah dan berjaya..

Dan aku juga terpilih menjalankan tugas di simpang 3 mesti korang tak tau kan apa tu simpang 3 iaitu laluan dari HEP ke Dewan Seri budiman dan ke tempat jamuan makan bila masa konvo..mana2 student UiTM mesti kenal tempat tu..Tugas aku juga memerlukan kesabaran kerana aku akan memastikan graduan mengikut prosedur yang ditetapkan maksudnya tak boleh berambut panjang,pakai seluar kasut hitam..Kalau tidak ikut terpaksa suruh tukar le..

Dan konvokesyen kali ini melibatkan member2 aku satu batch semasa diploma penang dulu so tahniah pada korang semua.Tak silap aku Ijazah Kejuruteraan Mekanikal 22hb kot..Dan juga tahniah kepada graduan UiTM yang akan melalui konvokesyen ke-72 pada 20-30hb Mei 2010 ini. ini..Berbaloi sudah penat lelah korang belajar hingga ke menara gading..


P/s : jika ada sesiapa blogger yang dari UiTM dan akan melalui Konvokesyen ke-72 ini harap dapat2 ler bertegur sapa ek..


May 8, 2010

Penat Bermain dengan 'Minyak'

Salam,


Ha korang suma jangan pikir lain plak dengan 'minyak' tu..aku tak main minyak or sabun yerr

Ni ceritanya 8 jam aku di bengkel Mekanikal hari ini menyiapkan project design kami le.

sebabnya hari ini paling lama sekali di bengkel sebelum nie kejap2 jer.Lagi sikit nak siap

penuh berminyak tangan aku dengan minyak2 di bengkel sambil hitam2 tangan..





nak lebih banyak lagi gambar.Malu ler...kalau tak malu masuk le facebook aku

Pas nie InsyaAllah aku akan review plak Final Year Project aku..

gempaq siot jangan ketinggalan mengikutinya so selalu le masuk blog

Pujangga Malam...ditegur berkeliaran dia siang hari oleh seseorang.haha


P/s : Walaupun tak sehebat mana design nie tapi kami puas hati dengan hasil kerja kami semua..Thank pada group member design aku Omar Hasyimie,Saiful,Zaihan,Safia..Wish all the best..

May 4, 2010

Ada Apa Dengan Peperiksaan




Salam,

Hai apa khabar suma rasanya macam agak lama aku tak update blog nie..

tanya le napa..huhu..time final exam di semua universiti sekarang nie..

so sekarang nie boleh le dianggap aku sekarang kena deman exam

padahal 1 paper je pun..huhu tapi aku masih ada presentation Final year project

So sekiranya lama aku tak update blog tu paham2 le yerr..

tapi jangan lupa tau drop ur comment..baru berseri sikit blog nie...

thank to all...doakan aku berjaya dalam apa yang aku hadapi...amin..

February 3, 2010

Alahai demam sudey,selsema plak...

Salam semuanya..

Lama juga aku tidak update blog nie tapi tidak bermakna aku tidak

online..ada le jugak aku ber fesbooking..cuma mase untuk update blog nie jer

yang tak sempat.....

Al kisahnya 2 mggu lepas aku deman pening giler kepala aku..siap kena amik darah

lagi nasib le darah aku positif ok...tidak suspek denggi le jwabnya..

Semalam plak selsema menyerang aku..pegi le lagi di klinik uitm tu

nurse di situ pun dh jemu kot tgk aku..dlm dok mnunggu turn tu

aku tengok ramai yg kena amik darah termasuk le kawan aku ni suma

suspek denggi le.adelah seorg kawan aku kena tahan seminggu di hspital sbb denggi

kata kawan aku kandungan air dlm badan dia tak cukup

tak pandai aku nak ukur2 air dalam badan nie..

apa2 pun korang suma jaga le kesihatan baik2 terutamanya student tu..

Kalo rasa tak sedap badan tu cepatnya le pegi klinik...

akhir kata lu pikiaq le sndiri...

June 25, 2009

Sesiapa yg belum dapat Latihan Industri...

Kepada sesiapa pelajar UiTM or pelajar dari IPT mana yang ber praktikal bulan Julai nie

Boleh le memohon latihan praktikal di Scomi Engineering :

SCOMI COACH SDN. BHD.
Scomi North-KL Facility
Lot 795, Jalan Monorel,Sungai Choh,48000 Rawang,Selangor Darul Ehsan.
www.scomiengineering.com.my
DL +603-6092 3888 Ext : 3395F +603-6091 9203 / 9225

Sila Berhubung dengan

Rohasdiana @ diana
Executive - Training & Development
HR Department


Pn.Rohasdiana tu suruh aku cari lagi 2 orang....Dia baru je tepon aku suh aku cari lagi 2 orang
Sebab dia tepon fakulti Mekanikal staff gtau pelajar cuti semester skrg nie..

Hantar kat dia :

1) Cover Letter
2) Surat Fakulti
3) Resume
4) Reply Form

June 13, 2009

Special Topic And Final Year Project...


Walaupun special topic & FYP aku lagi dua sem sbb sem depan aku praktikal 1 sem.Aku rasa cuak jgak apa yg aku nak wat utk FYP nanti.so aku tanya le rakan2 aku.Aku masih tak tau nak amik special topic apa.sbb aku punya structure program yg baru.aku 1st batch..

So rakan2 ku sekelian bagi le pandangan korang tentang Tajuk aku aku nak wat untuk FYP & subjek apa yg aku nak amik utk special topic nantii...Terima kasih dgn pertolongan korang..



Pandangan rakan2 di Friendster :


Ahmad (Fazrul)


kalu aku amik lec yg harman amik tue...

puan junaidahmcm ok sgt...xpening kple...

amik st : impact ngan finite..


Wan Fadhil


aku xtau la nk advise ko nk amik ape

tp yg aku tau la klu subject materials for eng. world class tu sng jugak laa..

tp bnyk bace2..org ckp impact,robotic pn ok jgk..

xdla ssh pn..pasal fyp aku amik ng en.ghalib tham..

die mmg ok,tp kne bt pasal welding laa..


Hafizi (Md)


ikot la bidang aper yg ang minat...

then pilih la special topik per yg ko nk amik...untuk final year project..

ikot kola..ko minat buat aper..mne ko rse yg mampu..

seloknyer,special topic nie,biar taily gan fyp ko..

cth..ko nyer fyp wat pump..special topic amik la cfd...

klu fyp ko wat composite structure utk airoplane,

ko amik la special topic material sciene n finite elemnet..

lecturer tue..supervisor, ko amik yg specialist utk fyp ko nk wat tu ler..s

per2 leh..jnjy komitmen penting..ok


Mr June (Junaidi)


wei bro.. lu dh salah tanya worang lah.. aku pun baru nak amek FYP.

special topic pun baru amek satu saja maa.. world class.

aku cdangkan hang amek world class la.. senang. tak banyak kerja..

skor tak skor bergantung pada lectr. kalu hang baik ngan lect, setel lah..

sebabnya benda ni tadak final..


Kazuya (Idan)


wei bro ko jgn amik propulsion silap ari bulan leh fail

ko amik la material ke..benda2 lain.. senang nk score..

fyp ko tanya amir.. lect die bagi A..

Saja tempek gambar.huhu

June 8, 2009

Happy

Apa kejadahnya tajuk post aku begitu patutnya hepy jelah napa nak malang plak pelik2....
Malam minggu takde kejanya aku ngan Bad gi kat Dataran Merdeka mmg bosan tahap gaban
le sampai kami lepak kat Dataran tu.Tambah2 dapat ongkos plak dri Bad nak pi sana..
apa lagi kami cargas le....

Dah le kul 12 mlm baru nak pi sblum tu Bad bad jumpa member dia yg ada 'kabel' kat proton
tok praktikal le.
peh tgh2 malam pun Federal Highway mcm kul 8mlm jem plak tu....
Lagipun ingat saja nak tngok bdak2 Honda trun dataran tpi takde pun
yg ada pun geng2 Satria je ala apa kelas Satria...tak silap aku

kat keta diorang ada tulis 'kazuto garage' nama team diorg kot...kat dataran keta penuh bertali
arus keta datang padahal dh lewat sgt tu...mcm2 le team keta ada geng Wira le Satria kancil pun
nak test wat havoc.. 'samseng jalanan' takde plak takut roadblock kot...
pastu saja2 le jln pi Bkt Bintang..tmpt di mana bg org Kl hdup le mlmnya
yg selebihnya tak payah citer le rasanya korang pun tahu apa yg ada kat situkan...

tmpat yg tak mati mlm2 nya...Kami sja2 jln je tak trun pun dri keta.TAKUT..
Nak dijadikan citer dalam masa nak balik s.alam ada le pkara malang yg berlaku kat kami..
cuba le teka.hahaha....tapi nanti le aku citer.teka le dulu.huhu...
kami tak bersalah pun dlm hal nie.......
Dah takde keja kot pi Dataran nie...


penjual yg menjual mnuman dlm ramai2 org tu..



gambar blur..sja bg blur..huhu.napa ek..




Aduh takde ke team Honda trun nie..Myvi je ke..hahaha..

June 6, 2009

Beresss..







Semalam selesai le aku mnjawab soalan test tok subjek microprocesser

So far aku le aku rasa rakan2 aku pun ok jgak sbb diorang ada cakap yg susahnya time

tajuk digital ngan micropy nanti..Tak tau le tapi aku rasa tajuk2 nanti banyak yg kena ingat

sebab tajuk-tajuknya kita tak nmpak sgt mcm tajuk elektronik.

Mungkin juga subjek elektrik nie kureng popular pada pelajar mekanikal..

Ada kawan aku kata apa faedahnya kita bdak mekanikal nak blaja subjek elaktrik nie.

Sebab kerja nanti memang totally lain le.Bagi aku bermulanya kita belajar nanti time dah keja

le sebab kat tempat kerja le kita mendapat ilmu yang byak.Tu pendapat aku le

sebab mungkin dulu aku dah penah kerja tahu le macam mana suasana keja...










Tutup cerita pasal test. semalam juga aku jumpa member aku yang

masih student UiTM tapi amik

cuti khas belaja kat Institut petroleum petronas selama 1 tahun

katanya tak semestinya belaja kat Petronas tu dapat keja kat

Petronas tapi yg ang amik belaja kat situ napa

mungkin barangkali ingin mencuba nasib sapa tak mau keja ngan

ngan Petronas beb..syarikat gergasi petroleum kat malaysia...

Apa2 pun pandai2 le ang Afiz (Zahafiz) pilih mana yang elok untuk

diri kamu...

yg penting rezeki Qada dan Qadar semua datang dari Allah.

Pastu Afiz ajak aku pi Uptown S.Alam yg lawak tu ajak pegi kul 7 mlm

tu apa kejadahnya Uptown bukan buka pukul 7 mlm

dia macam bukan pasar malam beb..Takat pukul 10 mlm ok le lagi...

Lepak2 rupa2nya nak beli spek mata hitam rupanya mamat nie...

Katanya panas bila nak bawa kereta...jumpa2 dia pun nak tanya

barang2 tok Lc merahku...

Balik2 jumpa Bad plak ada le bisnes sikit lepak sampai kul 2 pagi

plak.ai mcm2 betul aktiviti aku nie...

aku nie...dan seperti biasa mcm2 isu le kedengaran dalam

perbincangan kami nie....

isu semasa politik le citer dia gi Langkawi le.bak kata macam2 le

Dengar citer skrang nie barang2 kat langkawi pun dah mahal2

belaka.Aku pun tak tau le lama dah aku tak pegi Langkawi tu...

tu pun zaman2 ada beras terbakaq

tah sekarang ada lagi tak???





June 2, 2009

Keletihan melampau.....

Rasanya belum terlambat utk dikongsi bersama kisah 1001 citer Aku & Da gang pada Sabtu lepas (30.05.09) jam 9.30pg. Sabtu minggu lepas memang hari yg perit le bagi aku.Rasanya mcm buruh kasar betul.Pendapat aku mesti disokong oleh member2 aku Mat a.k.a Alang,Chin Peng a.ka bukan PKM punya orang,Bad,Kedah dan Paan.Tapi tidak bagi Abe stamina dia 'bapak' power betul.

Ceritanya mcm nie member aku si Eta namanya ajak aku keja angkat barang kat dalam UiTM jugak le.Dia dah ajak aku Khamis lagi tapi aku tak dpat pegi le kerana petangnya aku ada short course.Tengok Jumaat petang dia call aku kata ada job sabtu & ahad aku apa lagi teruja le sebabnya aku ingat angkat barang masuk lori je.Aku pun cari le member aku sampai 7orang.

RM55 sehari sapa tak teruja beb..Member aku pun apa lagi duit masyukk tu...Kami pun tunggu le Sabtu pagi tu dekat Pusat Islam UiTM.Semua dah cukup 'korum' kami pun mulanya berkerja memindahkan barang2 lecturer di P.Islam tu ke dalam lori.Time nie boleh dikatakan ok lagi tak sampai keletihan melampau lagi..Dengar citernya P.Islam tu nak di renovate kan dan buat sementara waktunya semua lecturer di pindahkan ke Kolej Cempaka tak silap aku.

Menjelang tengah hari kami semua dah dpat upah RM55 termasuk elaun makan tapi kerja belum abis tau.Dalam kul 1.30ptg kami kena datang balik lokasi punggah memunggah nie di Kolej Cempaka plak.Mulanya terasa 'Keletihan Melampau' seperti tajuk apabila kami kena mengangkut semua barang tu ke tingkat 3 & 4 daripada tingkat 1 tu.Bukan guna Lif bukan guna kren tapi dengan menggunakan tangga je.Cuba bayangkan le letih tak letih le.Pastu kena susun barang kat bilik2 lecturer lagi..

Aku ngan member2 dah tak tau berapa kali rehatnya penat usah dicerita le.Masing2 jeles le kalo sapa mengular.Aku hangin betul dengan ank bos ngan member dia peh keja slow giler...Ada tadi tengah hari nampak muka dia sampai tak nampak muka terus..

kami suma 'bengang' je dengan nama di kotak tu yg tertera nama 'Mahboh' kotak brang lecturer tu.Sebabnya punya banyak,banyak tak pe lagi tapi suma brangnya berat2 belaka.tak mampu kami..Aku minta maaf le kalo tersalah eja nama dan kpda lecrurer tu mgkin sbb kami penat sgt.Lecturer tu tak bersalah pun dah mmg keja kami diupah untuk mgangkat barang.

Aku betul2 respek pada Abe mmg gagah betul kami dah betul2 tak larat tapi dia slumber jerr angkat brang..Katanya upah tu tinggi bagi keja buruh kasa mcm tu.BERBALOIKAH KEJA KAMI DGN RM55 tu?????


Nah amik 60rang kami tak datang hari ahad tu cuma Abe sorang yg pergi bekerja.Suma letih aku tak tau diorang bangun kul berapa aku 3.30ptg baru bgun terus cari makanan.Serius penat sgt.Aku ada jalan2 gak tngok kat P.Islam tu nampaknya mcm banyak lagi barang yg belum dipindahkan...Tulah citer aku & the gang Sabtu lepas..Bagi aku tulah keja paling penat penah aku buat.Mental & Fizikal semua penat......


Antara gambar kenang-kenangan :- Pasti korang takkan lupa....



Almari yang perlu dialihkan.bukan ni saja ek




Maaf gambar blur..Aku,ChinPeng,Bad,kedah





Masih bernyawa ke Chin Peng tu.Alhamdulilah..





Kedah yg nyawa2 ikan.hahaha.jgn marah.ok lagi tu.



Mana gambar Mat nie oppss dia yg tangkap gambar sian dia..


Nota kaki :
Terima kasih aku ucapkan kepada semua member2 aku yang bertungkus lumus berkerja.Harap andai ada yang tidak puas hati.Aku hanya manusia biasa yang baik semua datangnya dari Allah yg buruk dari aku....
  1. Chin Peng (nama manis Husnul)
  2. Badri a.k.a Bad
  3. Kedah (tak tau le plak nama penuhnya yg pasti dri Kedah.Huhu)
  4. Abe a.k.a Shahrul (Si gagah berani mgkin masih solo)
  5. Paan a.k.a farhan (balik awai ek)
  6. Aku Si Pujanggan Malam yg berkeliaran...




May 27, 2009

Siswi saman UiTM

Setahu aku perkara siswi kena cabul tu kawan aku Kuzen (bkan nama sebenar) ada citerkan mmg btul pun tahun lalu.Aku ingat perkara tu dah selesai sebab senyap jer..Time cuti semester yg panjang nie jugak.Rasa aku bnyak lagi citer2 mcm tu cuma diorang pandai simpan je.Ni dah terbuka.

Kawan aku citer bdak pompuan tu amik short course tak silap aku tak pun tggu masa nak konvo.Kat kolej Seroja perkara tu berlaku time pagi2 le minah tu nak pegi tandas.Dia didatangi seseorang tapi tak jelas mukanya.Rasa aku nie kerja pekerja asing sbb time tu kat kolej Seroja ada penambah baikkan kolej..Aku pun tak tau sgt citer tu dengar dari kawan le sbb dia tu bdak Kesatria so cuti semester tak balik le.Sekarang nie baru le Kolej Seroja tu ada pagar tidak mmg bebas nak masuk pun.

Seriously aku ingat citer nie dah settle rupanya baru bdak pompuan tu nak saman UiTM ek..Aku rasa UiTM mesti ketatkan undang2 kepada pekerja2 asing nie diorang nie sesuka hati je keluar masuk kolej ke ke mana saja ke alasannya ada keja di kolej...Apa2 pun UiTM dah kena saman.


Di sini ada petikan berita pada hari ini :

Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu.

Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu.

Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati.

Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam. Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam.Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.

Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu.Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir.Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik."Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi," katanya.Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons," katanya.Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana "bertindak seolah-olah tidak bersalah" sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar.

"Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah. "(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?" katanya.

Teringat kenangan di UITM Penang

Nak dijadikan citer Abe (bkan nama sebenar) pnya pasal le tiba2 aku teringat kenangan masa diploma kat UiTM Penang.Byk betul kenangan manis dan pahit kat UiTM Penang tu.Mula berkenalan dgn Miss Zee melalui member seperjuangan aku.Tpi tak penah jmpa pun sblum tu.paling aku suka Lecturer kat sana mmg best2 betul slumber je diorg nie pndapat aku disokong oleh Abe..seperti Ir Zul,En Khairul Fauzi dan rmai lg le yg tak sebut minta maaf ek.

Paling sempoi Ir Zul beliau mngajar aku Automotif padahal bkan bdang dia pun.FinaL automotif dpt A le setengah jam je kami wat final tu mmg rekod bagi aku le.Ada le sebab dia napa kami kuar awl rasia tu...Final pojek time diploma dulu Ir Zul belanja kami sekumpulan suma bahan2 pojek cuma kami tinggal nak siapkan jelah.

Aku pun terpikir dalam hati alangkah bagusnya kalo kat UiTM S.Alam nie lecturer dia mcm lecturer kat penang.Senang skit kalo nak cari supervisor untuk Final Year Project.Korang ada cadangan tak tajuk apa aku perlu buat untuk Final Year Project nie ??? Kalau ada gtau le.Dalam kepala aku dah terbayang2 sapakah gerangan lecturer tu.Dari UiTM Penang berkekalan hgga 4 thn.

Aku ada terpikir gak dulu pas diploma tak mau smbung degree dah aku pun keja le nak dekat stahun gak le aku keja.Kiranya nak kawin le cari duit tu.Tapi mcm mana tah terbuka hati aku tok smbung mgkin kilang aku keja tu pun mcm ada msalah kewangan kot.Nak dikuatkan lagi tekad aku tok smbung dorongan family aku org teristimewa dan mgkin dari lecturer aku yg bernama En Khairul Fauzi (telah di war2 kan tdi) aku terjumpa dia kat klinik panel kilang aku.Dia bgtau aku dgn teknologi yg pesat sekarang hnya dgn diploma pun tak laku dah nnti.Tapi tak semestinya ada degree pun keja ok bg aku suma nie rezeki Allah jer..

Aku rasa cukup le aku mengarut pnjang2 yang sudi baca tu terima kasih le jgn lupa komen ek.Eh nak komen apa plak ek..




 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.