Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

March 6, 2012

Berita Baik Untuk Pengguna DiGi


As Salam,

Hai apa khabar semua lama kita tak bertemukan tapi jangan risau sy masih di Malaysia.Tak ke mana-mana.cuma tak ada masa nak update jerr.

Di sini sy ingin mengwar-warkan berita baik untuk anda sebagai pelanggan Digi.Digi telah memperkenalkan satu pakej untuk muda mudi iaitu Digi Super Reload Social.Lepas nie korang nak social pun social le bebanyak

Caranya mudah sahaja.Tambah nilai mana2 DiGi Prepaid™ plan dengan RM15 DiGi Super Reload Social untuk menikmati kredit sehingga RM75 selepas anda tambah nilai sebanyak RM15!

Apa yang akan anda dapat selepas reload via DiGi Super Reload Social physical coupon:

Free : 250 DiGi SMS
Free : 100 DiGi MMS
Free : 100 Facebook & Twitter SMS

To activate Facebook SMS, text FB to 2325
• To activate Twitter SMS, text TW to 2898
• Receive Mobile Alerts for only RM1/week

The credit validity period for DiGi Super Reload Social is 10 days from the date of reload
• Max cap applies for freebies. View our FAQs for more info.
• Terms and conditions apply.

December 3, 2011

Undangan ke Majlis Perkahwinan founder faizalpj.com

Salam,



Wah lama tak update tup tap bagi undangan Perkahwinan plak kan..huhu...Orang kata dah sampai seru elok dipercepatkan..Nak melaksanakan Sunnah Nabi Muhamad elok dipercepatkan..Alhamdulilah masa aku mendirikan rumah tangga sudah tiba...Anda bila lagi..huhu..??

Kalau hendak dibandingkan dengan kawan2 aku,aku kira lambat juga le berkahwin berbanding kawan2 seangkatan aku yang mempunyai anak dah pun.



Di sini dengan penuh rendah diri menjemput rakan2 blogger dan follower (faizalpj.com),Facebook (Muhamad Faizal Anuar PJ) dan Twitter (@faizalpejay) sekalian yang mempunyai kelapangan masa untuk menghadiri kenduri Perkahwinan kami.

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, Berlandaskan Sunnah Nabi,mendirikan istana kasih,merealisasikan mahligai impian,sudilah kiranya YB / Dato' / Tuan / Puan / Encik / Cik / Saudara - saudari serta seisi keluarga dan pasangan hadir ke majlis perkahwinan diriku dgn permaisuri Hatiku ...

Muhamad Faizal Bin Anuar & Nor Izee Binti Abdul Kadir

Pada AHAD, 11 Disember 2011
Bertempat di 318A,Jalan Abdul Raof,

34200 Parit Buntar,Perak..
Taip GPS dapat le tu..
2KM dari USM Transkrian,Nibong Teball

Semoga dengan kehadiran
sahabat2 SEKALIAN, akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya. 














Doakan kami :

Ya Allah Ya Rahim
"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pengantin,suami isteri berkatilah majlis yg diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya,Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMU.Kurniakanlah keduanya ketenangan,kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu,mudah-mudahan perkongsian hidup yang di bina berkekalan hingga ke akhir usia dengan taufik dan HidayahMu,beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan Akhirat"..Amin

Wedding Websites : http://www.ewedding.com/sites/faizee/



Jika berdekatan Rumah Pengantin Perempuan boleh le ke alamat ini

MAJLIS RESEPSI (Perempuan)

Tarikh :10 DISEMBER 2011 (SABTU) BERSAMAAN 14 MUHARRAM 1433H

Lokasi Majlis :NO.55, JALAN DAHLIA,
FELDA GUNUNG BESOUT 4,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Masa : 11.30 am - 3.00 pm








August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada faizalpj.com



Salam,

Hari ini kebanyakkan daripada kita yang berada di perantauan adalah hari terakhir kita bekerja sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti.Kebanyakkan dari kita bercuti panjang antaranya seminggu memandangkan Selasa, Rabu dan Khamis adalah cuti umum sempena Hari Raya dan Hari Merdeka.

August 13, 2011

Kempen Pelalian HPV - Cegah Kanser Servik



Salam,

Ramadhan kali ini selain iklan makanan dan minuman yang mengiurkan aku tertarik dengan iklan dari Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu iklan Cegah Kanser Servik.Aku ingat apa le servik nie


August 12, 2011

Jom Berhari Raya Bersama Perodua


 Salam,

Memasuki Ramadhan ke 12 kita berpuasa pada hari ini bersamaan 12 Ramadhan 1432H.So macam mana ibadah dan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini.Tentu kita ingin mencari malam Lailatul Qadar kan.Ini ada berita baik untuk kita memeriahkan Hari Raya ini..

June 27, 2011

Kemuncak Imam Muda 2011 | faizalpejay


Salam,

Selama hampir 10 minggu akhirnya rancangan Imam Muda 2011 sampai ke kemuncaknya pada 1 Julai 2011 ini.Kemuncak Imam Muda 2011 akan bersiaran langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Wilayah bersebelahan Masjid Negara.Penonton di rumah juga boleh mengikuti siaran langsung pukul 9 malam di Astro Oasis.

June 12, 2011

10 Laman Web Perkongsian File Yang Disekat SKMM




Salam,


No more free download.Itulah yang terjadi apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan sekatan internet ke atas 10 laman web 'File Sharing'.

May 15, 2011

Wajah suspek kes simbah Asid sekitar Kuala Lumpur



Salam,

Berita tentang kes kejadian simbah Asid sekitar Kuala Lumpur ini mesti korang semua dah tahu kan.Di Facebook dan Twitter sudah kecoh tentang kejadian simbah asid nie.Aku pun tak tahu apa motif kejadian ini terjadi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan wajah suspek kes simbah asid nie.Aku harap korang

May 2, 2011

Ada apa dengan 13 Mei 1969 | faizalpejay

Doakan agar peristiwa ini tidak berlaku lagi..Hormatilah setiap kaum


Salam,

Bila menjelang sahaja pada bulan Mei setiap tahun pasti peristiwa  13 Mei 1969 akan senusuk sanubari setiap masyarakat yang lahir pada tarikh itu atau menempuhi hari yang malang tu.Bagi mereka yang masih hidup pada masa ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati diorang.Selain Hari Ibu dan juga Hari Guru yang disambut pada bulan Mei peristiwa 13 Mei juga hari yang patut dikenang oleh rakyat Malaysia walaupun mungkin ada antara kita yang belum lahir pada hari itu.

Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Pelbagai cerita yang aku baca dan dengar tentang tarikh 13 Mei nie tapi benar atau salah Wallahhualam...

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian semasa peristiwa itu :
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Sumber : wikipedia

Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera,  tapi oleh semua.  Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua. 


P/s : Selain tarikh2 itu bulan Mei juga adalah bulan yang begitu bermakna dalam diri aku dan juga kehiduapn aku selama ini..Peristiwa besar dalam hidup aku juga bermula 6 tahun sebelum ini..Apakah itu..??

April 12, 2011

Hentian Puduraya berwajah baru

Hentian Puduraya yang berwajah baru



Salam.

Hye korang apa khabar hari nie..Korang masih ingat lagi tak dengan Hentian Puduraya ?
16.04.2011 Hentian Puduraya akan beroperasi seperti biasa.
Maklumat ini aku jumpa masa aku berada di Hentian Bukit Jalil.Ada banner yang mengatakan selepas ini Hentian Bukit Jalil akan ditutup dan penumpang yang datang dari Utara ke Kl akan diturunkan samaada di Hentian Duta atau Hentian Puduraya.

Rasa aku selepas nie laluan Puduraya tu akan sesak kerana cuma Hentian Puduraya yang berubah wajah tapi laluan sekitar situ tidak dibesarkan.Setahu aku selepas nie Hentian Puduraya akan dilengkapi dengan penghawa dingin dan perubahan yang drastik.Tapi rasa aku Hentian Puduraya masih tak setanding Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan iaitu laluan dari arah selatan ke Kl.

Persoalannya adakah Plaza Rakyat di sebelah Hentian Puduraya tu masih berwajah lama tak seiring dengan perubahan Hentian Puduraya...



P/s : harap selepas nie tiada le Ulat tiket..kesian tengok apabila ulat tiket menghimpit orang tua atau pun anak dara..??


April 9, 2011

Usop Wilca di Maharaja Lawak Astro 2011



Salam,

Aduh baru pertama kali tengok Maharaja Lawak, minggu depan dah di Astro pakej mustika plak..
Memang aku tak tengok dah le minggu depan.Strategi bisnes le tu nak kaut untung lebih sebab program nie ramai peminat.

Kalau kata Astro buat bisnes pun kan semua pelanggan astro bayar kot bil bulan2.Akademi Fantasia boleh plak kat Astro Ria.Spoil le tadi usop Wilca tak buat goyang2 tangan tu..Penangan aura Usop Wilca mampu memberi kepada sesiapa saja tau..

Berbalik pada Maharaja Lawak tadi giliran peserta plak yang "perli" AC Mizal (pengacara) dengan gelang yang dijual AC. Kan kecoh dulu gelang AC tak tulen..Minggu lepas Jozan kena kutuk dengan Mamat Khalid kali nie AC plak..Nasib ko le labu.



Ps : terfikir juga tiada penyingkiran pada minggu nie tapi pada episod awal minggu ke-3 Maharaja Lawak ada penyingkiran..Kesian peserta yang tersingkir sudah buat persediaan untuk episod ke-3 tapi tersingkir sebelum membuat lawak.Adakah ini strategi juga ???

December 10, 2010

Bahaya Panadol | faizalpejay


Dikenali sebagai Paracetamol



Salam,

Kali ini aku ingin berkongsi dengan korang tentang bahaya kerap menelan Panadol atau lebih dikenali sebagai Paracetamol.Kenapa aku buat entry nie kerana aku macam nak demam rasanya badan seram sejuk jer.Doakan aku semoga cepat sembuh yer..


December 3, 2010

RON95 Naik 5 Sen,Diesel naik 5 Sen, LPG naik 5 Sen dan Gula naik 20 Sen

Sumber : Malaysiakini


Salam,

Tadi berita di TV3 ada diberitahu tentang kenaikan harga bahan komoditi iaitu Petrol RON95,Diesel,Petroleum Gas Cecair (LPG) dan juga Gula beb..Rasanya 
Baru sahaja Harga Petrol RON97 Naik 
Tengah malam nie bermula le episod kenaikan 4 dalam 1.Baik korang isi minyak siap2..Aku dah le pakai minyak RON95 walaupun naik motor tapi terasa beb kenaikannya..


December 1, 2010

Dr.Rozmey di UiTM | Miyabi

DDR


Salam,

Oh begitu lama aku tak update blog nie makin bersawang rasanya.Korang ada tolong terjah tak blog nie.Jangan lupa untuk terjah ek..Seperti entry yang aku cerita sebelum nie aku menjadi urusetia untuk istiadat konvokesyen UiTM ke-73 . So balik2 kerja penat sikit le tu yang tak upadate blog padahal nak update tapi mata berat sangat bila sampai masa mengantuk tu.

November 11, 2010

Tahniah : UPSR 2010

Target 5A

Salam,

Hari ini keputusan UPSR 2010 telah diumumkan seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Syukur dan tahniah kepada anak saudara aku yang bernama Nur Falihah kerana memperolehi keputusan 4A1B.Walaupun tak dapat 5A tapi bersyukurlah juga sebab mendapat keputusan yang memberangsangkan.Dan juga tahniah kepada adik2 yang yang memperolehi 5A dalam UPSR nie.
Pelajar sekarang pun dah makin pandai dan bijak.Aku percaya murid seusia 12 tahun pun dah mempunyai akaun Facebook dan jangan terkejut ada juga yang mempunyai blog sendiri.

Tapi yang sedihnya

October 30, 2010

Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3

Gambar dari FB Rina Salleh.Search Rina Salleh



Salam,

Entry sebelum ini aku ada kata rasa gatal plak nak tengok Gadis Melayu 3 padahal tak pernah mengikuti pun Program tv9 tu.Baca di sini seperti diduga Rina Salleh menjadi Juara Gadis Melayu 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA sebentar tadi.Rina Salleh merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pernnah memegang jawatan sebagai Event Executive dan Jurukur Bahan di salah sebuah firma swasta di sekitar ibu kota dan kini serius menjalankan perniagaan melalui RinaSalleh.com

Selain menjual busana muslimah, Rina turut mengendalikan Rina Salleh Training and Coaching Series yang menumpukan kepada pembangunan wanita (empowering women). .Yang pasti dia adalah seorang blogger buktikan di FB di ada tertulis




October 29, 2010

Tsunami Indonesia: Bayi 18 bulan ditemui selamat | Gadis Melayu

Bayi 18 bulan yang ditemui selamat

Salam,

Kuasa Allah  tiada yang dapat mengatasinya.Allah Maha Berkuasa.Menurut berita AP seorang bayi 18bulan ditemui selamat dalam kejadian Tsunami Indonesia yang melanda Pulau Mentawai beberapa hari lalu.
Bayi tersebut dijumpai oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dicelah-celah timbunan pokok yang dihanyutkan ombak. Koordinator bantuan kecemasan Hermansyah berkata bayi itu dalam keadaan sihat dan ditempatkan di pusat rawatan kerana kedua-dua ibubapa bayi tersebut telah meninggal dunia. 

Hampir 400 orang masih hilang dalam kejadian tsunami di kepulauan Mentawai selepas satu gempa bumi berskala 7.7 pada skala ricter menyebabkan gelombang tsunami lebih daripada 10 kaki melanda kawasan kampung yang landai.

October 23, 2010

Masih ingat dengan Adukataruna ??

Khairulizam Abdul Ghani


Salam,

Masih ingat lagi dengan nama Adukataruna yang suatu masa dulu menghina Institusi Kesultanan Johor di blognya.Semalam dia telah dibicarakan di Mahkamah Seksyen Seremban.Dia adalah seorang juruteknik komputer dalam masa yang sama seorang blogger.Secara sedar dia telah memuat naik beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya.


October 17, 2010

iPhone = RM24.6 juta



Salam,

gila qempaq IPhone berharga RM24.6juta boleh beli beribu2 Proton Inspira nie..
Ni kalau agak2 terjatuh le menangis le jawabnya.
Kalah kereta2 mewah di Malaysia nie
Kalau Pak Arab tau nie mau dia borong abis..


Liverpool - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).



October 15, 2010

Update : Pembentangan Bajet 2011


 Update :

Berikut petikan penting ucapannya PM Malaysia :

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

*Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam



Post terdahulu : 


 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.