Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label anakku. Show all posts
Showing posts with label anakku. Show all posts

July 28, 2017

28.7.2016 Genap 1 Tahun Usia Izz Dhia Aisyah

Sekejap saja masa berlalu ikut tarikh hari ini genap setahun 28.07.2016 usia Almarhumah Izz Dhia Aisyah.Allah lebih menyayangi Izz Dhia aisyah genap usianya 6 bulan dia bertemu dengan Penciptanya.Hari ini genap 5 bulan Izz Dhia Aisyah anak syurga meninggalkan kami.

Ye....bukan senang menghadapi Ujian Allah ini tapi kami telah Redha dan menerima segala yang berlaku. Ujian inilah yang membuatkan kita kuat. Akan terasa perubahan-perubahan dalam diri kita.Kita insan kuat..kita insan terpilih. Bersabarlah dan redhalah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


6 bulan masa yang Allah pinjamkan Izz Dhia Aisyah pada kami sangat bermakna.Gambar-gambarnya dalam simpanan yang membuatkan kami gembira.Syukur Alhamdulilah kakak-kakak yang apabila ditanya mereka dah boleh memahami dan ingat pada adik mereka. Setiap malam kami ajar supaya Izz Damia Aqilah dan Izz Dania Sofiya berdoa untuk adik mereka.Supaya mereka tidak mudah melupakan.Sekarang dapat perasan yang Izz Dania Sofiya perasan dia macam adik.kadang mengada kadang merengek kadang nak dukung.Macam-macam ragam dah.

Kuatlah. Redhalah. Senyumlah. Kesatlah airmata mu . Anak kita menunggu kita di pintu syurga :')

Al-Fatihah~






Khamis, 27/07/2017 11.24pm

September 8, 2015

Damia Pertama Kali Gunting Rambut Di Saloon

Baru-baru ini aku dan wife sarapan pagi di Lakefield Sg Besi, sambil jalan-jalan itu terpandang satu kedai salun ini baru buka kedai.Tah aku pelanggan pertama kot.

Tak ada niat dari rumah pun sebelum itu nak bawa Damia gunting rambut.Ikutkan aku pun boleh potong rambut serkup je mangkuk potong tepi je.haha

Ini kira pertama kali Damia gunting rambut di salun kecantikkan.Apa magnet le kedai baru ni pakai memanggil-manggil kami masuk.

Cuci dan potong rambut RM15.Ok tak ? Mula-mula menangis juga lepas cuci rambut nak tertidur pulak Damia ni.Inilah wajah-wajah excited Damia.















April 13, 2015

Luka Di Dahi Damia

Siapa tak sayang anak kan.Dalam dok berjaga-jaga akhirnya Damia luka di dahi juga disebabkan tergelincir dan terkena bucu meja yang ada cermin kaca tu.Alhamdulilah terguris sikit di dahi.Kejadian berlaku sungguh pantas padahal semua ada di situ.




Izz Damia Aqilah memang aktif sikit.Bulan depan genap 2 tahun.Masa tumbesaran inilah zaman happy kerja nak main saja.Mula kena tu memang cuak jugalah sebab tengok darah keluar.Aku cuci bagi tahan darah tampal dengan plaster.


Dah 3 kali tukar plaster tengok darah still keluar juga so terus pergi ke Klinik.Mula-mula doktor nak pastikan dahulu kaca tu pecah ataupun sumbing saja.Doktor cuci/lap darah lepastu letak gam ( tengok macam gam gajah ) untuk sekat darah dari keluar dan nak cantumkan kulit.Menangis tak ingatlah masa ni.Alhamdulilah luka tak dalam sangat.



November 18, 2014

Kelahiran Di Bulan Muharram Tahun Baru Hijrah 1436H

Seperti ramai kenalan rapat yang tahu wife aku memang menunggu masa nak bersalin. Mengikut perkiraan doktor due date wife aku pada 17hb November 2014.Oleh sebab aku pun dah ada pengalaman sikit aku rasa wife aku akan bersalin 2 minggu awal dari tarikh tu.

Nak dijadikan cerita 3.00pagi 5 hb November 2014 wife mengadu dia rasa sakit nak bersalin tapi dia kata boleh tahan lagi.Aku buat keputusan 8.00 pagi aku mesti pergi ke Hospital juga walau apa berlaku.Aku pun hantar Damia dulu ke rumah pengasuh takkan le aku nak teman isteri aku dengan Damia kan.Perjalanan lancar tanpa trafik yang sesak nak ke KPJ Kajang.

Alhamdulilah Sykur padaMu Ya Allah dengan izinNya wife aku selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 5 November 2014 jam 1.28 tengah hari di KPJ Kajang Specialist Hospital.Lahir secara normal dan berat 3.22kg berat dari Izz Damia Aqilah.Dengan rasminya diberi nama Izz Dania Sofiya.

Izz Dania Sofiya


Lebih bermakna lahir pada tahun baru Hijrah 1436H bersamaan 12 Muharram 1436H.Ini anugerah terindah daripada Allah kepada kami sekeluarga.Ini anak kedua aku dan cucu ke-16 keluarga Hj Anuar.Pengalaman menakjubkan menguruskan Uri.

Sedih juga arwah Ayah aku tak dapat melihat kelahiran ini.Sebulan lebih dah arwah ayah meninggalkan kami.Al-Fatihah..Arwah ayah selalu sebut Damia tu Dania sebab itu tergerak hati aku menamakan anak kedua ini Dania.Aku kehilangan orang tersayang dan Allah beri rezeki anak kepada aku.Alhamdulilah....Semoga Damia & Dania menjadi anak yang solehah dan patuh kepada Allah..

-- Al- Fatihah Hj Anuar Bin Nawar --


October 21, 2014

Izz Damia Aqilah Masuk Utusan

Lewat petang semalam dapat Whatsapp dari wife beritahu Izz Damia Aqilah masuk surat khabar Utusan.Aku pelik juga bila masa aku hantar gambar anak aku kepada paper Utusan.Rupa-rupanya wife aku nak beritahu gambar dia pun ada sekali.Aku pun tak pernah masuk Utusan lagi cuma dulu waktu kecik saja ada masuk Majalah.

Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout

Gambar di ambil masa raya tahun ini di rumah salah seorang kawan sekolah wife aku di Sungkai, Perak.Katanya perjumpaan Alumni Kelas 5 Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout tahun 2002.Mentang-mentang aku bukan bekas pelajar tu langsung tak ada gambar aku.Tapi yang bestnya tengoklah siapa yang tangkap gambar itu.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.