Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

April 30, 2010

Review AdaMaya : Oh Maya yg sengal..

so cute Amani..nice


Salam,

quote dari entry aku sebelum ni ada bercerita tentang drama Adamaya.

Ok untuk kesinambungannya aku agak hangin sikit dengan Maya nie.

Boleh dianggap sengal le jugak..Dapat suami yang baik dia gi kat Dani gak

Apelah teruk sangat perempuan macam nie..(minta maaf tak melibatkan sesiapa)

Cerita je pun apasal aku nak emo semacam nie..tapi aku rasa dalam realiti

perkara ini memang berlaku aku percaya 100%..si lelaki gila bayang ditambah

plak si perempuan pun lebih kurang..

Yang aku tak puas hatinya cerita nie seolah2 tak mengambarkan islam yg sebenar

Kita sebagai umat islam dilarang meruntuhkan masjid org lain tak elok le..

Kacau bini orang lain suami pun boleh diibaratkan dayus kerana tak tegas..

Diharap peminat2 jangan le jadikan drama ini sebagai pedoman.



P/s : dalam tak syok tu leh layan lagi ek drama Adamaya...tengok boleh sekadar suka2 sahaja.huhu..apa pun layan jer drama Adamaya nie..dan aku yakin cerita nie akan bermusuhan sehingga ke anak cucu nya..huhu..predict jer..Apa ramalan kesudahan cerita nie bagi korang ???

April 21, 2010

Review Drama : AdaMaya


Salam,

Aku pasti korang semua mesti tengok cerita AdaMaya di Tv3 kan.Rasa aku tak terlambat lagi untuk aku review drama AdaMaya nie.Aku lagi pasti yang si lelaki pun layan cerita nie kan..Dalam hati ada taman..Aku layan filem I'm not single.so menarik le drama AdaMaya nie.Tapi aku suka lagi Farid Kamil berlakon whatever Sein pun tak mengecewakan.

Biar aku story2 sikit tentang cerita nie..Kalau Nur Kasih sampai 44 episod tapi bagi cerita AdaMaya hanya 23 episod saja.Drama moden yang diinspirasikan oleh filem I'M Not Single Tapi pelakon dia sudah bertukar yang dibintangi oleh Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan pasti menjadi pilihan seisi keluarga untuk ditonton sambil menjamu minum petang.Mana aku tau ada ler....Di bawah nie ada sinopsis pasal cerita nie..

Sinopsis :

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Menarik bukan, tambah-tambahan lagi buat tatapan gadis-gadis comel. Tidak lupa juga, jejaka tampan yang meminati pelakon hot, Lisa Surihani.





Temubual dengan Lisa Surihani

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.