Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label faizalpj. Show all posts
Showing posts with label faizalpj. Show all posts

October 21, 2014

Izz Damia Aqilah Masuk Utusan

Lewat petang semalam dapat Whatsapp dari wife beritahu Izz Damia Aqilah masuk surat khabar Utusan.Aku pelik juga bila masa aku hantar gambar anak aku kepada paper Utusan.Rupa-rupanya wife aku nak beritahu gambar dia pun ada sekali.Aku pun tak pernah masuk Utusan lagi cuma dulu waktu kecik saja ada masuk Majalah.

Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout

Gambar di ambil masa raya tahun ini di rumah salah seorang kawan sekolah wife aku di Sungkai, Perak.Katanya perjumpaan Alumni Kelas 5 Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout tahun 2002.Mentang-mentang aku bukan bekas pelajar tu langsung tak ada gambar aku.Tapi yang bestnya tengoklah siapa yang tangkap gambar itu.

October 8, 2014

Sikap Apabila Makan Nasi Lemak

Cuba tengok gambar nasi lemak dibawah.Apa yang anda bayangkan.Sikap aku apabila makan nasi lemak yang beli tepi jalan mesti makan nasi yang tanpa sambal.Aku akan kais nasi yang ada sambal ke tepi.Aku memang tak boleh makan pedas pagi-pagi mesti sakit perut.

Masa beli aku tak suka tak letak sambal.Mesti ada sambal tapi tak makan pun nasi yang terkena sambal itu.Dah menjadi perangai aku sejak dari kecil.Aku pun tak tahu kenapa.Tapi kalau nasi lemak mak aku buat mesti licin.

Harga nasi lemak bawah tu RM1.50.Ada telur suku,tauhu,kacang sikit dan timun sikit.Tempat korang berapa harga nasi lemak biasa ?



Mana nak dapat dah nasi lemak 50sen !

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.