Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

January 8, 2015

Pelayaran Islamik™ 3.0 : Pelayaran Islamik Kapal Mewah Pertama Di Dunia

Pernah dengar program Pelayaran Islamik di atas Kapal Mewah Star Cruise Libra ? Untuk makluman, Pelayaran Islamik ini telah memasuki siri ke 3 dan 4 bersama beberapa penceramah terkenal tanah air yang terpilih.Lebih unik ini adalah Pelayaran Islamik pertama di dunia di atas kapal Mewah.

Pelayaran Islamik kapal mewah Star Cruise Libra


“ Syukur, Tenang dan Damai” adalah motto untuk Pelayaran Islamik anjuran INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD.Aku pun tak pasti dari mana penganjur dapat idea untuk mengadakan program bercuti sambil beramal di atas Kapal Mewah Star Cruise Libra.
Tentatif Program


Pelayaran Islamik 3.0

Tujuan Program 


Pakej Pelayaran Islamik ini terbuka kepada UMUM dan menggalakkan orang ramai menyertai Pelancongan Islamik di dalam Star Cruise. Pakej ini merangkumi laluan dari KL - Penang - Cruise - Krabi dan Phuket ALL IN.



Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan.





Antara tokoh agama yang akan bersama dalam Pelayaran Islamik 3.0



Ustaz Badlishah 
Sheikh abdelaziz Ghonim 
Dato Hassan Mahmud 
Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah 
Imam Muda Miril 

Aturcara Program Pelayaran Islamik Siri 3.

  •    Ketahui kedudukan kiblat
  •    Pelajari Solat Jama’ & Qasar
  •    Ceramah & Kuliah
  •    Qiyamulail
  •    Zikir & Selawat
  •    Soal Jawab Bersama Ustaz
  •    Program Ziarah
  •    Makan Malam Kesyukuran

Tarikh Pelayaran Islamik 3.0 pada 1 - 4 Februari 2015.
Mesti tertanya-tanyakan macam mana nak daftar.Boleh klik di Pelayaran Islamik 3.0


Maklumat  lanjut :

Website: http://www.PelayaranIslamik.com

Email : info@pelayaranislamik.com

Alamat :

No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010




Sheikh Abdelaziz Ghonim


Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge 
#   Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi 


December 10, 2014

Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-3

Alhamdulilah hari ini genap usia perkahwinan masuk tahun ke-3.Tahun lepas aku ada buat giveaway secara random, nak tahu pemenangnya boleh baca di SINI.Alhamdulilah dimurahkan rezeki dikurniakan 2 orang permata hati Izz Damia Aqilah dan Izz Dania Sofiya.Macam kembar je kan padahal bukan kembar.Dikuatkan lagi hati-hati ini dengan dengan kasih sayang yang dipinjamkanNya.

Tipulah kalau dikatakan sepanjang 3 tahun ini tiada cabaran atau dugaan, inilah asam garam dalam berumah tangga.Siapa yang dah kahwin tahulah.Aku tahu setiap ujian dan dugaan adalah dari Qada dan Qadar Allah S.W.T

Aku masih belajar dan diharap diberi ruang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada selama tiga tahun berjalan ini sebagai seorang suami, ayah dan ketua keluarga.Kita sama-sama membesarkan dan mendidik anak-anak ke arah jalan Islam dan diberi didikan Islam yang sempurna.Amin.

Aku masih berharap agar diberi kesempatan hidup untuk membimbing keluarga aku ini, memberi dan menerima kasih sayang dikala sempit dan sukar bersama sama.Disaat sukar dan gembira engkaulah menjadi tulang belakang aku selama ini.

Selamat Ulangtahun SYG.Semoga Allah akan senantiasa memberkati rumahtangga kita sepanjang kita masih bernyawa dan hingga ke syurga.Terima kasih kerana selalu menjadi isteri dan ibu yang terbaik kepada anak-anak kita....Syukur kepadaNya... Amin,,,,,,,,♥♥♥


 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.