Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

October 9, 2017

Perkhemahan Keluarga Di Pantai Tanjung Biru,Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perbincangan aktiviti berkhemah di Pantai Port Dickson telah dibuat lebih kurang sebulan yang lepas.Mula-mula macam ramai yang nak join tapi nak dekat tarikh 07.10.2017 ada yang tak dapat join.So aku dan Wife decide kita teruskan juga aktiviti perkhemahan di Port Dickson.walaupun kita-kita saja.Jumaat malam tu baru ambil khemah dan beli lampu untuk camping.Dalam fikiran sebelum pergi target nak berkhemah di Pantai Purnama.

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson ( Blue Lagoon )

Sabtu tengah hari dalam pukul 12 tengah hari kami bertolak ke Port Dickson dari Kuala Lumpur.Tengok trafik perlahan nak ke Seremban melalui Lebuhraya KL - Seremban, so kami keluar exit UPM dan lalu jalan biasa melalui Sepang hingga ke Port Dickson.Sampai Port Dickson lebih kurang pukul 2.30ptg.Sambil menghala ke Pantau Purnama kami tengok2 pantai mana yang sesuai nak berkhemah.Sampai di Pantai Purnama turun tengok lokasi macam tak menarik pemandangannya dan penuh.Untuk makluman di sini ada owner buat sewa khemah bagi yang tak bawa khemah.

Naik kereta kami teruskan perjalanan dan masuk ke Pantai Tanjung Biru sebab Sofiya nak terkencing.Lepas itu jalan-jalan sekitar situ kami pun memilih untuk berkhemah di situ sebab tengok pemandangan cantik, ada tandas ( hari weekend buka 24jam ), surau, taman permainan dan kedai makan.Ada port situ dan cun nak pasang khemah ada plak family picnic di situ, so Wife tanya , mereka tak bermmalam di situ rupanya.Lega hati depa blah kami pun pacak khemah di situ.

Blue Lagoon terletak anggaran 17 kilommeter dari bandar Port Dickson dan lebih terpencil berbanding pantai-pantai lain di situ.Bagi aku pantai ini adalah pantai yang terbaik di Port Dickson jika ingin privasi.Jaraknya jauh dari pantai-pantai lain.Disebabkan itu aku rasa tak rammai orang datang walaupun semasa cuti sekolah berbanding Pantai Telok Kemang atau pantai-pantai lain.

Kami pasang khmeah sebalah khemah silver tu.Depa dah 2 hari
kat situ.

Lelapkan mata kejap sebab tadi bertarung dengan angin
nak pacak khemah di situ.haha

Depa nampak Laut aktif semacam.terus tukar baju suruh main Pasar dan Pantai.
Saja nak dedahkan depa dengan alam dan aktiviti main pasir.

                                                      Masa ni hujan renyai2.Dalam hati minta2lah hujan behenti
                                                                                   dan malam ni tak hujan





Malam pun mula menjelma, ini pertama kali kami sekeluarga tidur dalam khemah.Dalam fikiran boleh ke Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya tidur dalam khemah tu.Kalau tak malam tu jugak ajak wife balik.Alhamdulilah depa boleh dan seronok pulak cuma Sofiya le pukul 2pagi baru tidur sebab dia ni tidur nak kawasan yang luas.Dekat rumah pun pagi-pagi aku bangun tengok kaki dia ada tas muka Kakaknya.Khemah tulah kami empat beranak tido.Sesak jugaklah.Malam itu angin tak kuat so panaslah kami tidur sambil mengipas.

Sofiya mengade...



*********************************************************************************

Esok paginya bangun-bangun pagi terus nampak pantai,anak-anak bangun terus cakap nak mandi laut.Apa lagi terus terjunlah nasib air tak pasang sampai ke khemah.













Pukul 10 pagi kami pun gerak balik kerana nak jalan-jalan di sekitar Port Dickson.Susah betul nak cari ATM Machine kat PD ni.Makan tengah hari di kedai ayam terlingkup dengan pasu.Pukul 2petang gerak balik ke KL.Tidur sekejap di RnR Mambang kot.




October 5, 2017

Dashing Anytime EDT Serlah Aura Lelaki Sejati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selain tampil kemas dan segak, lelaki sejati juga mementingkan penampilan diri yang wangi dan kemas.Oleh itu, masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat di sekeliling.Dashing Anytime EDT adalah jawapan untuk menyerlahkan Aura Lelaki Maskulin dan sejati.Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan memakai pewangi berulang kali dalam sehari.  



DASHING Anytime EDT


Dashing jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi bagi golongan Lelaki.DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja. 

 



Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1.      Cool
   Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.


2.      Active
    Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3.      Ultimate Kick
    Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam           urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif,                menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah      pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


4.      Hattrick
    Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

    semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

    sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Bagi peminat Dashing, Dashing Anytime EDT dijual pada harga RM7.00 dan kuantiti 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Pendapat aku Dashing memenuhi keperluan jejaka pada zaman moden ini kerana pewangi ini boleh dibawa ke mana-mana saja.Macam aku yang setiap minggu jogging dan bekerja di tempat panas ini satu benda yang aku takkan tinggal macam saiz wallet kan.

************
Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah Berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain  

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.



September 21, 2016

Gentlemen's Tonic Barbershop & Spa Ekslusif Kini Dibuka Di Publika Solaris

Kedai dandanan Lelaki terba Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa  untuk lelaki maskulin kini dibuka di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.Pertama kali datang ke Publika 3 kali juga aku tawaf.kalau yang biasa dengan kawasan sini memang senang nak cari Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa ini.

Balik kerja terus ke Publika sesuai sangatlah dengan rambut serabut dan muka berminyak.Ingat kaum wanita saja ke mementingkan kecantikkan dan penampilan diri....Para isteri atau girlfriend jangan risau di sini semua lelaki.Di Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa bukan sahaja perkhidmatan potong rambut yang disediakan malah terdapat perkhidmatan seperti grooming, dan spa yang disediakan khas untuk lelaki.Di sini dengan motto “self-confidence for gentlemen”.

Nampak kedai dandanan Lelaki ini jangan segan-segan nak masuk.

Masuk saja kedai telah disambut oleh En.FIQRI HYLMANSHAH, Managing Director Gentlemen's Tonic.Isi borang sebagai rekod seterusnya En.Fiqri memanggil pekerja untuk servis Pakej " The Shackleton " Haircut & Finish and a Traditional Wet Shave.Fuhh....sangat teruja berdandan di kedai bertaraf Antarabangsa.Kenapa Antarabangsa ?.Kedai ini merupakan rangkaian Pertama di Asia Tenggara selepas London, Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, Mexico dan New Delhi.

Selain daripada perkhidmatan potong rambut, Spa, Men Grooming anda juga boleh beli perfume, facial set, haircare dan banyak lagi produk untuk lelaki.Anda tak perlu risau kerana pekerja di sini expert dan mutu kerja kemas dan bersih.Bak kata servis tip top dan personel touch.

Untuk makluman semua produk di sini bebas dari bahan berbahaya seperti bahan kimia, sumber dari haiwan, bahan sintetik dan sebagainya.Tak perlu risau dan was-was.

Sekarang gaya sikat rambut pun dah lain.Penampilan diri kena jaga walaupun dan kahwinkan.



Sebelum potong serabut betul rasanya.




Ini Muhamad Dari Syria tukang dandan aku.



Sebelum gunting rambut cuci dulu kasi bersih



Time untuk bercukur



Sempat lagi minta handphone nak tangkap gambar



Tadaa...siap..macam Muhamad plak yg selfie lebih


Semuanya cuci potong cuci dan cukur pakej berharga RM190.
Senarai harga di atas.


Bersama Managing Director, En Fiqri



Terima Kasih banyak-banyak En.Fiqri.Boleh bekerjasama lagi


Ruang perkhidmatan gunting dan cukur




Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas
 D5-G3-03 Publika, 
Solaris Dutamas, 
No 1, Jalan Dutamas 1, 
Kuala Lumpur 


Tel: +603 6412 8660 
( 10 pagi - 9 malam)

Web :

Facebook :

Instagram :

































April 6, 2016

Gaya Seorang Pemandu Excavator

Assalammualaikum,

Agak lama juga aku tak menulis nukilan di sini maklumlah sekarang sibuk menyiapkan kerja-kerja Mechanical & Electrical ( M & E ) di Westport.Banyak juga ilmu dan pengalaman aku dapat dari mula sampai tak berkahir lagi ni.Rasa macam nak kena penalti saja nie.

Tipulah kalau kata buat kerja contruction ini tak ada masalah.Pasti ada masalah juga akan timbul.Tambah-tambah kalau ada orang yang kepoh kaki report kat ' site '.Rasa macam nak tumbuk saja mukanya.

Setiap hari bergaul dengan bermacam-macam ragam manusia dari orang Malaysia hingga ke pekerja Bangladesh.Aku memang respek diorang kuat betul kerja untuk anak beri wang untuk beri anak bini di kampung.Makan tengah hari masak sendiri, sembahyang tak tinggal walaupun bekerja di site.

Nak dijadikan cerita harini sewa excavator akan tamat so semalam aku suruhlah operator Excavator tu ajar aku mengendalikan mesin Excavator.Mudah jugalah rasa dalam 2 - 3 hari boleh mahir dah.Cuma pertama kali aku bawa rasa macam tangan keras lagi bergegar Excavator tu aku kerjakan.






Gambar atas itu bukan aku berlakon ye memang aku bawa Excavator itu kejap sebelum Safety Officer nampak..haha

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.