Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label mover. Show all posts
Showing posts with label mover. Show all posts

July 19, 2017

Ketahui 6 Tips Penting Sebelum Berpindah Masuk Ke Rumah Baru

Satu impian setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri terutama sekali kepada mereka yang sudah lama duduk menyewa.Banyak yang perlu diuruskan sebelum memasuki rumah baru agar dapat mengelakkan tekanan apabila proses pemindahan.

Berpindah rumah adalah satu proses yang lama dan memeningkan kepala. Tidak kira sama ada anda mempunyai barang yang banyak atau sedikit, perancangan awal haruslah dilakukan dengan rapi. Tambahan pula jika anda bercadang atau telah melakukan kerja ubahsuai atau renovation sebelum berpindah masuk.

Jadi, bagi anda yang akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi, beri perhatian kepada enam tips perkara penting yang telah saya senaraikan ini.

Ketahui 6 Tips Sebelum Berpindah Masuk Ke Rumah Baru
 

1. Cuci rumah selepas kerja ubahsuai selesai

Setiap kali kerja ubahsuai dilakukan, rumah anda pasti akan mempunyai habuk dan sampah yang banyak dari kerja-kerja kayu dan konkrit yang dilakukan. Jadi, setelah kontraktor anda selesaikan kerja mereka, upah tukang cuci yang profesional untuk membersihkan rumah anda secara menyeluruh.


2. Tukar tombol pintu dan mangga

Ini adalah langkah keselamatan yang sangat penting bagi anda yang membeli rumah daripada pemilik asal. Sebelum anda berpindah masuk, dapatkan perkhidmatan tukang kunci yang boleh datang ke rumah untuk menukar semua tombol pintu dengan tombol yang baru. Bagi pintu atau tingkap yang mempunyai gril keselamatan, tukar mangga baru sudah memadai.


3. Kemaskini alamat surat-menyurat

Kemaskini maklumat anda dengan alamat baru untuk semua akaun bank dan langganan lain yang berkaitan. Langkah ini sangat penting kerana anda pasti tidak mahu surat anda dibaca oleh penghuni rumah lama anda bukan ? Jadi, lakukan dengan segera ya! Jangan menyesal di kemudian hari mungkin ada surat-surat penting yang kita terlepas pandang.

4. Daftar akaun utiliti yang baru

Bekalan elektrik dan air secara umumnya akan disediakan untuk semua rumah yang dibina oleh pemaju. Walau bagaimanapun, anda perlu lakukan pendaftaran akaun baru jika anda baru berpindah ke rumah itu. Tetapi, bagi akaun internet dan ASTRO, anda boleh memindahkan akaun yang sedia ada ke alamat yang baru. Dapatkan maklumat lanjut sebelum anda berpindah.

5. Dapatkan perlindungan insuran

Bagi kebanyakkan rumah berstatus strata, perlindungan insurans bagi setiap rumah akan didaftarkan secara terus dan jumlah premium yang perlu dibayar akan dimaklumkan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama. Jika rumah baru anda masih belum mempunyai insuran, dapatkannya dengan dengan segera.

6. Gunakan perkhidmatan mover (atau lori pemindahan)

Jangan sesekali fikir untuk pindahkan barang anda sendiri sendiri (atau dengan bantuan kawan dan keluarga). Barang yang kita lihat seperti sedikit sebenarnya memerlukan tenaga dan kudrat yang lebih apabila hendak dibawa keluar dari rumah, dimasukkan ke dalam kereta dan kemudian diangkat masuk pula ke rumah baru. Jadi, lebih baik anda dapatkan perkhidmatan mover yang berpengalaman untuk pindahkan semua barang anda. Jimat masa, jimat tenaga!



Pindah masuk ke rumah baru sepatutnya menjadi satu memori yang indah buat anda sekeluarga dan penuh dengan rasa teruja. Jadi, jangan bebankan diri anda untuk lakukan semua perkara sendiri. Lakukan perancangan awal, checklist yang lengkap dan dapatkan bantuan daripada penyedia khidmat untuk lakukan perkara yang berat untuk anda.

Jika anda masih mencari mover dan cleaner, layari Recommend.my. Recommend.my kini mempunyai 7000+ penyedia khidmat di seluruh negara sedia untuk membantu anda. Dapatkan sebut harga dengan hanya beberapa klik sahaja ! Jangan berlengah lagi.


 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.