Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

April 5, 2012

Ben Ashaari Main Dengan Toshiba Intel Ultrabook





Peh bukan saja Ben Ashaari pandai menjaga badan ketul sana ketul sini tapi sekarang dah pandai main dengan laptop plak.Korang jangan salah sangka plak sebenarnya Bro Ben Ashaari masih waras.

May 1, 2011

Apa yang Isteri perlukan dari Suami | faizalpejay



Salam,

Hai korang apa khabar semua..kan aku dah kata aku mesti update punya blog aku kalau ada kelapangan.Maksud ada kelapangan nie sekiranya Berukband aku ok le kan..Kadang kala Berukband aku lembab macam beruk so terbatal sudah niat aku nak update blog..

Update blog terus dengan entry Suami Isteri plak kan padahal aku belum bersuami isteri lagi..Ada aku kisah..huhu.
Kalau tak bekeluarga lagi takkan kita takleh tau petua2 suami isterikan..Tak kisah le petua apa tapi bukan hanya petua tutttt jer...

Ok di sini aku nak bekongsi dengan korang semua petua mengasihi Isteri..Jangan lupa isteri juga mesti tahu mengasihi suami juga..Barulah keluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

PETUA MENGASIHI ISTERI


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 
 
 
 
 
 
 
P/s : tapi bagi aku bukan setakat 1-20 je petua tu banyak lagi.Tapi kalau si suami dapat memenuhi 20 petua nie InsyaAllah berkekalan hendakNya.Tepuk dada tanya iman..Masanya makin hampir...

April 1, 2010

Sekadar renungan

Salam

tertarik dengan artikel dari blog http://helenalatisha.blogspot.com/ kadang2 boleh caya dan takleh caya gak...

Siapa kat sini ada pakwe/makwe??ehh bukan bukan,,bekas makwe/pakwe..ade?okay apa punca korang putus?biasanya bila kekasih nak mintak putus korang mesti tanye kan.''kenapa??,apa salah saya?''pastu sang kekasih pun jawab''bukan salah awak.tapi salah saya!''..pastu mulelah timbul alasan2 tak munasabahan betul.kan senang kalau ko cakap ''saya dah takde perasaan kat awak''..

1. maaf, saya tak layak untnk awak. awak terlalu baik.

-hoihoi. masa ko mintak kapel tu.ko taktau ke dia baik ke jahat ke?ke kenal sehari terus kapel nih?pastu kalau dia baik sangat napa?bukan ke bagus camtu?ko nak yang jahatlah kiranya?kamonlah tak masuk akal!

2. kita dah tak sehaluan, so, kita kene bawak haluan masing masing.

-weyy..dah kapel 80 bertahun baru nak tau korang tak sehaluan.selama ni ikut jalan mana?alasan ini tidak logik okay.saya tak suke!haha

3. maafkan saya, rasenye saya belum bersedia untuk sebarang komitmen.

-kepala hotak kau..hahaha ewah2..tetibe taksedia untuk komitmen plak kan..masa ko mintak kapel tu ape yang ko pikir haaa??tak logik langsung okay..kalau taksedia tak payah lah ajak org tu kapel.takpon yang pompuan takyah terime..poyo tau!

4. saya try, tapi ex saya masih dalam ingatan saya.

-hehe yang nih penah jadik kat saya.tp saya tak cakap.sebab saya tau bende tu akan hilang.tapi tak payah lah ko sampai nak putus sebab nih..ehh kalau ko putus dpt balik ke ex ko tu?lempang kang aaaaa..nak lagi senang.takpayah kapel lah kalau takleh lupekan seseorang.tak ke macam desperate pulak?


5. saya happy kenal dgn awak, tp.. saya rasa better awak luangkan masa dengan laki/pompuan lain.

-kalau dia bagi ayat nih,.dah tentu2 dia memang ade orang lain.KOMPOM!so sebabkan tanak nampak macam bersalah sangat kan dia gunakan alasan ini.hoi takde sebab ko nak passing2 awek/pakwe ko kat orang lain..gila apa?

6. bagi saya ruang, pleaseee?

-well kalau dia nak ruang.dia nak masa..bagi.tapi kalau sampai ke sudah nak jugak ruang@masa tu,saya pon tak paham..nampak sangat kan?benci alasan nih!

7. kita berdua berbeza, awak!

-geli alasan ni..ahaha masa nak kapel tak kesah pulak kan..ngade tahu??

8. saya perlu fokus dekat banyak lagi bende, bukan dekat awak sorang je. maaf!

-tengok..nyampah tau..hello..semua masalah boleh diselesaikan lah..kalau ko rasa dia annoying.bawaklah bincang..kalau ko dah kawen lagi banyak bende nak kene fokus dalam 1 masa tau.nih untuk kekasih pon dah tak boleh.cane?kesian okay.huhu

March 22, 2010

Artis realiti dan Multi level Marketing - mana lagi kaya cepat ???

Salam everyone..pon2...








VS

Pada pandangan korang le di Malaysia tercinta nie golongan mana lebih kaya artis realiti atau pun golongan yang buat bisnes MLM..??? Dan di mana golongan cerdik pandai atau pun engineer ??? Mana yang lebih disanjung...

Aku ada baca artikel yang mengambarkan di mana kedudukan seseorang itu di negara lain..Misalnya di UK golongan cerdik pandai lebih diutamakan oleh kerajaan di sana kerana golongan ini dapat membangunkan negara diorang di masa depan..Profesor,Doktor engineer yang paling dihormati boleh dikatakan golongan ini lebih kaya di sana termasuk le dengan kaya dengan ilmu..

Kalau di Malaysia golongan artis lebih menonjol kehidupan diorang.Masuk realiti tv takde bakat pun boleh dibentuk..asalkan ada rupa hensem lawa sudah memandai ler..MLM di Malaysia pun tumbuh macam cendawan selepas hujan..Di negara luar sudah lama MLM nie bertapak di Malaysia baru nak 'up'.MLM nie kalau tak ajak orang masuk bukan MLM ler angkut semua sekali ahli keluarga kadang kala boleh bergaduh sesama keluarga..Aku penah sekali terkena dengan kawan aku katanya ada event sport car padahal acara MLM rupanya.Rasa buang masa sangat di dewan tu..Nak buat di tempat yang gempaq Times Square untuk buktikanlah yang MLM diorang berjaya..Tak terbuka lagi hatiku untuk MLM..

Apa pun golongan mana yang lebih kaya atau apa sajalah semua itu rezeki dari Allah.Setiap manusia tak sama rezeki masing2 kalau sama di dunia nie tiada le golongan kaya dan golongan miskin semua sama sahaja cuma hanya akan sama anak Adam dan Hawa di akhirat nanti..

Fikir2kanlah dan renung2kanlah selamat beramal...

January 2, 2009

harapan Baru

Sempena tahun baru hijrah 1430 nie dan tahun baru 2009 aku rasa nak berjinak2 dgn dunia blogger.Tapi memandangkan aku student aku cuba utk mencoretkan sesuatu andainya aku berkesempatan tanpa kekangan masaku.Aku berharap mendapat sokongan daripada kawan2ku,juga sesiapa saja yang mengenaliku.Diam tak diam aku dah semester ke5 dalam jurusan degree mechanical.Mungkin Qada&Qadar ku telah tertulis dari sekolah menengah aku dalam bidang mekanikal.Ramai antara rakan2ku di sekolah teknik dah menceburi ke bidang lain.

Aku suka kepada bidang yg lasak..tapi ada yg memberi pandangan sinis mengatakan jadi jurutera bukan boleh jadi bos pun melainkan kita amik bidang bisnes.Aku rasa tak sesuai pandangan begitu sekarang nie pun kita leh lihat Mb Perak juga dlm bidang mekanikal tapi boleh jadi Mb.Tiada apa yg mustahil dalam dunia ini....

Aku juga berasa marah ngan rejim zionis yg menindas kaum Palestin mcm sudah dirancang pada smbutan Maal Hijrah zionis akan menganas dgn kaum islam.Celaka punya Yahudi..Boikot le Produk Israel.Harap boleh le antara anda semua menyenaraikan produk yahudi..

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.