Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

November 19, 2013

Keputusan Sementara Operasi Pasar Kemboja Parit Buntar

Sebelum ini timbul kekecohan apabila Majlis Daerah Kerian ( MDK ) menukar hari operasi Pasar Kemboja di Permatang Tok Mahat dekat Parit Buntar daripada Hari Jumaat dan Isnin kepada Hari Sabtu.Ini berikutan rungutan daripada penduduk setempat yang tidak selesa dengan kesesakan lalu lintas pada hari persekolahan.

Untuk makluman Pasar Kemboja bertentangan dengan Sekolah dan juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang dan Perak.Oleh itu perlu keputusan bersama antara Majlis Daerah Kerian ( MDK ) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ).Keputusan sementara operasi Pasar Kemboja telah ditetapkan hanya boleh beroperasi pada Hari Sabtu.

Notis Pemberitahuan


Penduduk di sekitar Pulau Pinang dan Perak Utara memang tahu pasal kewujudan Pasar Kemboja.kalau tak tahu itu memang bukan orang utara lah.Nak cari tudung Fareeda,blaus dan pelbagai barang wanita lain inilah tempatnya.Sesuai bagi peniaga yang ingin memborong,beli sehelai memang mahal sikit paling minimum beli 5 helai baru dapat harga borong.

NAK TAK ubah bisnes anda, dari biasa-biasa ke level lebih tinggi ?


Kenapa namanya Pasar Kemboja ? Sbb kebanyakan peniaga2 di sini berasal/keturunan dari Cambodia/Vietnam/champa.Barang-barang yang dijual mmg kebanyakannya diambil dari Vietnam.. 

Contoh harga blouse di shopping kompleks RM45, kalau disini blouse yang sama hanya berharga RM25.Itu belum masuk tudung 3 layer atau 2 layer aku pun tak paham sangat paling maksimun berapa layer tudung ini.

Tudung Fareeda Made in Pasar Kemboja

Lagi gambar-gambar di SINI.Dah cuba Nasi Lemak Kuning Parit Buntar ? 

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.