Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

October 5, 2017

Dashing Anytime EDT Serlah Aura Lelaki Sejati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selain tampil kemas dan segak, lelaki sejati juga mementingkan penampilan diri yang wangi dan kemas.Oleh itu, masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat di sekeliling.Dashing Anytime EDT adalah jawapan untuk menyerlahkan Aura Lelaki Maskulin dan sejati.Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan memakai pewangi berulang kali dalam sehari.  



DASHING Anytime EDT


Dashing jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi bagi golongan Lelaki.DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja. 

 



Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1.      Cool
   Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.


2.      Active
    Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3.      Ultimate Kick
    Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam           urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif,                menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah      pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


4.      Hattrick
    Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

    semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

    sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Bagi peminat Dashing, Dashing Anytime EDT dijual pada harga RM7.00 dan kuantiti 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Pendapat aku Dashing memenuhi keperluan jejaka pada zaman moden ini kerana pewangi ini boleh dibawa ke mana-mana saja.Macam aku yang setiap minggu jogging dan bekerja di tempat panas ini satu benda yang aku takkan tinggal macam saiz wallet kan.

************
Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah Berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain  

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.



July 19, 2017

Ketahui 6 Tips Penting Sebelum Berpindah Masuk Ke Rumah Baru

Satu impian setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri terutama sekali kepada mereka yang sudah lama duduk menyewa.Banyak yang perlu diuruskan sebelum memasuki rumah baru agar dapat mengelakkan tekanan apabila proses pemindahan.

Berpindah rumah adalah satu proses yang lama dan memeningkan kepala. Tidak kira sama ada anda mempunyai barang yang banyak atau sedikit, perancangan awal haruslah dilakukan dengan rapi. Tambahan pula jika anda bercadang atau telah melakukan kerja ubahsuai atau renovation sebelum berpindah masuk.

Jadi, bagi anda yang akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi, beri perhatian kepada enam tips perkara penting yang telah saya senaraikan ini.

Ketahui 6 Tips Sebelum Berpindah Masuk Ke Rumah Baru
 

1. Cuci rumah selepas kerja ubahsuai selesai

Setiap kali kerja ubahsuai dilakukan, rumah anda pasti akan mempunyai habuk dan sampah yang banyak dari kerja-kerja kayu dan konkrit yang dilakukan. Jadi, setelah kontraktor anda selesaikan kerja mereka, upah tukang cuci yang profesional untuk membersihkan rumah anda secara menyeluruh.


2. Tukar tombol pintu dan mangga

Ini adalah langkah keselamatan yang sangat penting bagi anda yang membeli rumah daripada pemilik asal. Sebelum anda berpindah masuk, dapatkan perkhidmatan tukang kunci yang boleh datang ke rumah untuk menukar semua tombol pintu dengan tombol yang baru. Bagi pintu atau tingkap yang mempunyai gril keselamatan, tukar mangga baru sudah memadai.


3. Kemaskini alamat surat-menyurat

Kemaskini maklumat anda dengan alamat baru untuk semua akaun bank dan langganan lain yang berkaitan. Langkah ini sangat penting kerana anda pasti tidak mahu surat anda dibaca oleh penghuni rumah lama anda bukan ? Jadi, lakukan dengan segera ya! Jangan menyesal di kemudian hari mungkin ada surat-surat penting yang kita terlepas pandang.

4. Daftar akaun utiliti yang baru

Bekalan elektrik dan air secara umumnya akan disediakan untuk semua rumah yang dibina oleh pemaju. Walau bagaimanapun, anda perlu lakukan pendaftaran akaun baru jika anda baru berpindah ke rumah itu. Tetapi, bagi akaun internet dan ASTRO, anda boleh memindahkan akaun yang sedia ada ke alamat yang baru. Dapatkan maklumat lanjut sebelum anda berpindah.

5. Dapatkan perlindungan insuran

Bagi kebanyakkan rumah berstatus strata, perlindungan insurans bagi setiap rumah akan didaftarkan secara terus dan jumlah premium yang perlu dibayar akan dimaklumkan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama. Jika rumah baru anda masih belum mempunyai insuran, dapatkannya dengan dengan segera.

6. Gunakan perkhidmatan mover (atau lori pemindahan)

Jangan sesekali fikir untuk pindahkan barang anda sendiri sendiri (atau dengan bantuan kawan dan keluarga). Barang yang kita lihat seperti sedikit sebenarnya memerlukan tenaga dan kudrat yang lebih apabila hendak dibawa keluar dari rumah, dimasukkan ke dalam kereta dan kemudian diangkat masuk pula ke rumah baru. Jadi, lebih baik anda dapatkan perkhidmatan mover yang berpengalaman untuk pindahkan semua barang anda. Jimat masa, jimat tenaga!



Pindah masuk ke rumah baru sepatutnya menjadi satu memori yang indah buat anda sekeluarga dan penuh dengan rasa teruja. Jadi, jangan bebankan diri anda untuk lakukan semua perkara sendiri. Lakukan perancangan awal, checklist yang lengkap dan dapatkan bantuan daripada penyedia khidmat untuk lakukan perkara yang berat untuk anda.

Jika anda masih mencari mover dan cleaner, layari Recommend.my. Recommend.my kini mempunyai 7000+ penyedia khidmat di seluruh negara sedia untuk membantu anda. Dapatkan sebut harga dengan hanya beberapa klik sahaja ! Jangan berlengah lagi.


April 23, 2017

Nikmati Signature Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Bulan Ramadhan 2017 akan kunjung tiba dalam 37 hari lagi.Bulan Rahmat yang pasti ditunggu-tunggu oleh Umat Islam.Selain melakukan ibadah di bulan Ramadhan rakyat Malaysia pasti akan mencari Bufet Ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga.Sempena Ramadhan yang bakal tiba, Restoren Bangi Golf Resoft ( BGR ) akan menghidangkan kepada para tetamu signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi



Untuk makluman restoren BGR adalah restoren yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM.
Pada 15 April 2017 saya sekeluarga telah menghadiri majlis preview untuk memperkenalkan menu-menu istimewa Buffet Ramadhan 2017 yang akan tiba nanti.Terima kasih kepada Kak Red.

Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan daripada chef-chef yang berpengalaman.Terdapat sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

Secara jujur saya memang meminati Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak di Bangi Golf Resort.Para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas dari kuali.Juga termasuk menu Sate Ayam dan Daging dibakar setiap hari.





Kalau dah tekak tu nak selera Melayu saja, Restoren BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini.Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.






Nikmati menu kegemaran Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti " Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma".Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti  Carbonara yang semestinya menjadi menu pilihan apabila bersama keluarga di Restoren BGR.Jangan lepaskan menu terbaru tahun ini iaitu " Peri-Peri Chicken Drumlets " yang pasti menjanjikan rasa yang luar biasa.








Tak lengkap kalau pergi Buffet Ramadhan tapi tak makan pencuci mulut kan.Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan maksimum kepada para pengunjung.Pilihan yang disediakan adalah seperti " Spanish Churros " bersama sos coklat pekat, termasuk pelbagai kuih muih tradisional Melayu, puding, agar-agar dan bua-buahan Tropika.Terbaru tahun 2017 pencuci mulut Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls ( Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate ), Lychee Rose Cake, Pandan ula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.














Anda pengemar durian ? berita baik kepada anda terdapat promosi " Durian Runtuh " di mana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang.Selain buah-buahan segar terdapat juga Gelato ( ais krim ) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ).Buah durian dan gelato boleh dibeli an dibawa pulang di mana pengunjung BGR akan diberikan diskaun eksklusif.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara " live " dari jam 6.30petang sehingga 9.30malam setiap hari.Jan khuatir Restoren BGR juga menyediakan ruang solat dan parking yang secukupnya untuk para tetamu.

Oppss sebelum terlupa kesemua juadah di atas boleh dinikmati dengan bayran sebanyak RM58 ( dewasa ) dan RM28 ( kanak-kanak ).

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 1-700-81-8557. Atau layari laman web dan media sosial Bangi Golf Resor untuk info lanjut.

Alamat : No.1 Perisaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Koordinat : 2.95716N, 101.76518E

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com

Facebook : http://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram : @bangigolfresortofficial




January 6, 2017

Milagro Coffee Patawali Penawar Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waktu pagi atau malam selalunya memang kopi akan menjadi hidangan utama dalam kehidupan saya. Lambakan kopi 3 in 1 dalam pasaran membuatkan saya buntu juga untuk memilih yang mana satu kopi yang terbaik.Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai apa kebaikan dan kenapa Milagro Coffee mesti menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Khasiat Patawali dalam Milagro Kopi


Satu penyelidikan saintifik mengenai rawatan bagi pesakit Kencing Manis menggunakan Herba Tinospora Crispa dalam Milagro Kopi yang telah dilakukan oleh penyelidik dari UiTM ( Universiti Teknologi MARA ) Puncak Alam dan mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula di dalam darah selepas meminum Milagro Coffee secara konsisten selama sebulan.

Minuman ini amat disyorkan kerana semulajadi insulin yang terdapat di dalam Tinospora Crispa mampu meningkatkan Anti-diabetis dan Anti-proliferatif.Bukan itu sahaja ia juga :

  •  Anti-Oksidan
  • Anti-Malaria
  • Anti-Alergi
  • Anti Virus
  • Anti-Kanser
  • Anti Diabetes
  • Anti-Keradangan
  • Merawat Rheumatik
  • Anti-Radikal
  • Merawat Sifilis
  • Anti-Hipertensi
  • Merawat Hepatitis


Milagro Coffee Penawar Kencing Manis

Produk MILAGRO COFFEE® adalah antara produk untuk kencing manis yang terbaik di Malaysia dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). MILAGRO COFFEE ® diformulasikan oleh pakar dan menggunakan bahan berkualiti tinggi. Menggunakan ekstrak Patawali (Tinospora Crispae) sebagai bahan utama.Bancuh 1 sachet tanpa menambah juga tambahan sudah terasa kemanisan kopi ini.
Milagro Coffee ® adalah bahan aktif yang telah diekstrak daripada Patawali (Tinospora Crispae) yang mempunyai khasiat dan keberkesanan pada kadar 10 kali ganda berbanding ubat biasa. Milagro Coffee® sangat berkesan dan lebih mujarab kerana teknologi pengekstrak yang digunakan telah mengekalkan bahan aktif yang bertindak sebagai “insulin” di dalam badan.

Testimoni Pengguna Milagro Coffee







Sebenarnya saya ni cerewet sikit kalau nak minum kopi mesti nak tambah gula lagi walaupun tak perlu.Tapi dengan Milagro kopi saya tak perlu lagi tambah gula hanya masukkan satu sachet Milagro Coffee ke dalam mug dan masukkan air panas dan kacau.





Bagi pengemar kopi yang tegar boleh cuba sekotak Milagro Coffee kerana banyak khasiat-khasiat dalam kopi ini ditambah juga Patawali.Orang kata bukan minum kosonglah sambil minum boleh merawat penyakit juga dengan izin Allah S.W.T



Boleh hubungi agen atau pengedar terdekat anda :




Aqid Aqila Resources Sdn Bhd, B1-19-1, First Floor, Space U8, No.6, Persiaran Pasak Bumi, Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Hubungi :


Sis Zara : 010 340 7120 (Whatsapp)
Puan Salmah: 012 3702676 (Whatsapp)
Office : 03-5021 7403 / 5021 7401
Email :

December 9, 2016

Honda Lancar CIVIC Generasi Ke -10 - Tawar Harga Menarik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini ada seorang kawan bercerita dia nak beli kereta baru.Katanya akhir tahun selalu syarikat kereta bagi Promosi Akhir Tahun.Aku pun cadangkan ambil kereta jenama Honda.Sudah banyak kali melihat kereta-kereta hebat keluaran Honda di jalanraya. Namun ada sesuatu yang menarik tentang kereta Honda Civic 1.5 yang baharu ini.Seharusnya jenama Honda mendapat tempat pertama di hati pembeli kereta.


HONDA LANCAR CIVIC GENERASI KE-10 – TAWAR “NILAI SEGMEN D” PADA “HARGA SEGMEN C”


·         Harga bermula  RM113,800, Honda sasar untuk menjual 1,200 unit sebulan
·         Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C
·         Sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian (6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist)

.
.
Minggu lepas, Alhamdulilah aku dan 14 orang blogger diberi peluang untuk memandu uji Honda Civic 1.5 baharu selama 2 hari 1 malam.Ingat boleh bawa balik.hehe..Aku nasihatkan kawan aku untuk pergi ke Cawangan Honda terdekat untuk pandu uji baru puas hati.Di bawah sedikit panduan pada peminat kereta Honda untuk consider Honda Civic sebagai kereta idaman.





Hari pertama sebelum masuk taklimat aku dan Fazrol kereta Honda Civic VTEC Turbocharged warna Putih Mutiara (White Orchid Pearl).Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.Taklimat dari wakil Honda Malaysia diadakan di Hotel Aloft KL Sentral. Hotel ini juga menjadi tempat bermalam kami.

Dari kiri Fazrol, Yap Chin Yee dan aku.




Destinasi pertama kami adalah di Pusat Service Kah Motor Selayang.Aku jadi driver pertama dan perjalanan mengambil masa 30minit.Korang boleh datang ke sini untuk service kena booking dulu kalau nak walk-in hanya untuk jumlah yang terhad sahaja dan pada hari-hari tertentu.Boleh rujuk website Honda.




.

Ok jam pun dah menunjukkan 1petang.Laparlah pulak.Kami makan di Closer Cafe Mutiara Damansara. Cafe western ni memang sedap.



Perjalanan diteruskan ke Parkir Setia City Convention Centre untuk aktiviti menguji Vehicle Stability Assist ( VSA ).Perjalanan mengambil masa sejam jugalah tapi tak terasa sebab perut kenyang mata pun dan lali..Boleh rujuk di Video 1 dan Video 2 ujian VSA.






Selesai aktiviti untuk hari pertama jom kita gerak balik ke Hotel Aloft KL Sentral.Esok akan ada aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak kerana akan menempuhi satu perjalan yang agak jauh dan berbukit.


.
.
.

Hari kedua aku jadi pemandu pertama lagi memandu kereta dari Kuala Lumpur hingga ke kawasan rehat Lentang Bentong.Di laluan inilah aku memecut laju dengan kuasa Turbocharged sambil menguji tahap kekuatan dan kepantasan kereta ini melalui kawasan jalan berbukit dan simpang siur.Terasa sangat selesa dan pemanduan yang lancar.




Menguji Mode Sport + Turbocharger
Patah balik ke Kuala Lumpur dan pergi lunch di The Garage Ampang. Lunch kat sini best cafe Western juga.Lokasi menarik dan makanan yang sedap.








Lepas lunch kita terus gerak ke Putrajaya pula. Kat Putrajaya kita akan main satu permainan air di kawasan Tasik Marina Putrajaya. Ini part paling kecewa, korang pernah dengar apa itu FlyBoard. Itulah aktiviti yang aku akan cuba tapi hampeh tak naik kot.Rugi menyesal ambil nombor pertama.Harga pula RM370 untuk 20 minit menaiki FlyBoard. Malas nak cerita banyak aku main kayak sajalah..haha










Itulah lah aktiviti bersama Honda Civic. Sedih sebab kena tinggalkan kereta idaman ini ingatkan boleh bawa balik rumah.Dan paling kecewa tak main Flyboard. Untuk bagi kawan aku teruja untuk pandu uji Honda Civic Baharu ini, 

Kenapa dia perlu masukkan Honda Civic 1.5 dalam list kereta yang dia patut beli ?

Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

·         - Remote Engine Start
·         - Walk Away Auto Lock
·         - Electric Parking Brake  
·         - Auto Brake Hold

Aspek keselamatan yang amat penting. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

·         - 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara  pada                      bahagian      sisi)
·         - Vehicle Stability Assist (VSA)
·         - Anti-Lock Braking System (ABS)
·         - Electronic Brake Distribution (EBD)
·         - Brake Assist (BA)
·         - Hill Start Assist (HSA)
·         - Emergency Stop Signal (ESS)

·         - ISOFIX 

      RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web  www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik







 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.